Thursday, October 29, 2009

Sebab-sebab Seseorang Itu Mendapat Hidayah

Walau bagaimanapun untuk mendapat
hidayah ada bermacam-macam sebab atau
ada berbagai-bagai cara yang di anatara
satu sama lain tidak sama. Di antara
sebab seseorang itu mendapat hidayah
adalah seperti berikut:
dia lahir di dalam keluarga yang
beragama, maka dia mendapat didikan
secara langsung dan praktikal daripada
suasana keluarga. Orang ini agak
bernasib baik.
dia yang lahir-lahir sahaja Allah telah
bekalkan kesedaran dan petunjuk. Dari
kecil lagi sudah suka kepada kebaikan
dan kebenaran. Dia terus mencari dan
mengamalkan. Orang sepeti ini amat
sedikit. Ini adalah pemberian Allah
secara wahbiah (secara anugerah).
orang yang di dalam perjalanan hidupnya
terjumpa golongan atau kelompok yang
beragama Islam dan mengamalkan syariat.
Manakala dilihat kehidupan mereka
begitu baik dan bahagia lantas mengikut
golongan itu.
orang yang sentiasa mencari-cari
kebenaran, mereka sentiasa membaca,
mengkaji, memperbandingkan serta
melihat-lihat berbagai golongan dari
berbagai-bagai agama dan ideology serta
bergaul dengan golongan-golongan itu,
maka akhirnya mereka bertemu dengan
kebenaran.
orang yang mendapat pendidikan Islam,
mendengar ceramah agama, ikut kursus
agama, menghadiri majlis-majlis agama,
maka dia mendapat petunjuk dari mengaji
dan mendengar itu.
orang yang diuji oleh Allah, mungkin
selepas kaya jatuh miskin, atau
mendapat sakit teruk, atau ditimpa
bencana alam dan lain-lain lagi maka di
situ dia sedar dan insaf. Lantaran itu
dia mendekatkan dirinya kepada Allah
SWT.
orang yang mendapat kebenaran, kerana
Allah mengizinkannya mengalami alam
kerohanian seperti melihat di dalam
mimpi Alam Barzakh, melihat orang kena
azab atau dia sendiri yang kena azab
atau melihat gambaran Qiamat atau Allah
perlihatkan kepadanya pokok sujud,
pokok bertasbih dan lain-lain kejadian
yang ajaib. Selepas itu dia pun kembali
kepada kebenaran.
orang yang sedar setelah melihat ada
golongan atau keluarga yang kehidupan
dunianya begitu hebat, rumah besar,
kaya aya, kenderaan mewah, harta banyak
tetapi kehidupan keluarga itu sentiasa
porak peranda, krisis sering berlaku,
berkasih sayang dan ukhwah tidak ada,
masing-masing membawa haluan sendiri
maka dari peristiwa itu dia sedar dan
dia insaf bahawa kemewahan hidup tidak
menjamin kebhagiaan di dunia apatah
lagi di Akhirat kelak.
orang yang sentiasa mengalami kehidupan
mewah, serba ada, apa yang hendak semua
dapat, pangkat ada, duit banyak, namun
kebahagiaan tidak dirasai, kehidupan
keluarga porak peranda lantas dia insaf
dan sedar dan akhirnya mencari jalan
kebenaran.
orang yang dapat petunjuk kerana ada
orang yang soleh atau orang yang
bertaqwa mendoakannya, lantas doa itu
dikabulkan oleh Allah, maka Islamlah
dia sepertimana Sayidina Umar Al
Khattab dapat petunjuk kerana doa
Rasulullah SAW.

LIMA PERKARA PENTING

خمسة أشياء كلنا نريدها و نحاول الحصول عليها
lima perkara semua kita mahukannya dan kita berusaha utk mendapatkannya
1-وجه جميل
1:wajah yang cantik
2- فلوس بالملاين
2:duit yang banyak
3- صحة قوية
3:kesihatan yang baik
4- اولاد شاطرين وفالحين مثلنا
4:anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita
5- نوم عميق من دون مهدئات و أدوية
5:tidur yang nyenyak tanpa gangguan
سهلة جدا و بوصفة سحرية و سهلة تستغرق 15 دقيقة يومياً ! كيف؟؟؟؟؟
senang jer untuk mendapatkannya, hanya 50 minit setiap hari.
قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم :
sabda nabi saw,
من ترك صلاة الصبح فليس في وجهه نور و من ترك صلاة الظهر فليس في رزقه
siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa
yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezeki yang berkat


بركة و من ترك صلاة العصر فليس في جسمه قوة و من ترك صلاة المغرب فليس في
dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan
badan,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg
bermanafaat


أولاده ثمرة و من ترك صلاة العشاء فليس في نومه راحة
dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang
nyenyak
بلغ عن الرسول (صلى الله عليه وآله وسلم ) ولو آية
sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat

Antara rahmat yang Allah curahkan



Firman Allah s.w.t Yang Bermaksud:"Dialah yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu,sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagiannya yang lain menyuburkan tumbuh-rumbuhan yang pada (tempat tumbuhnya) kamu mengembala ternakmu. Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan tersebut tanam-tanaman zaitun,kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda ( kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikir." (An-Nahl:10- 11)Betapa cantik titisan air hujan yang jatuh ke bumi kemudiannya bersatu kembali dan mengalir menuju sungai dan lautan tanpa menggangu penghidupan manusia. Inilah satu cara terindah yang dilakukan oleh Allah bagi memenuhi keperluan hamba-hambaNya. Oleh itu hendaklah kita sedar terhadap rahmat Allah. Zat yang Maha lembut kepada hamba-hambaNya dan sentiasa mengatur kerajaanNya dengan penuh kebijaksanaan.
Kita juga hendaklah menyedari bahawa rahmat yang agung ini ada-lah kurnia Allah yang sangat besar yang dapat kita rasakan dan kita renungi keluasan nikmat serta keagungan ciptaanNya.

Wednesday, October 21, 2009

WANITA MUSLIMAH ACUAN AL-QURAN

sabda Rasulullah 'barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat,hendaklah ia tidak menganggu jiran,jagalah pesanku wahai tentang kaum perempuan agar mereka diperlakukan dengan baik,sebab mereka di ciptakan dari tulang rusuk yang bengkok,rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas jika engkau berusaha untuk meluruskannya,tulang itu akan patah....jika engkau biarkannya tulang itu tetap bengkok,oleh kerana itu jagalah pesanku tentang kaum perempuan agar mereka di perlakukan dengan baik.'(HR BUKHARI & MUSLIM)


Wanita adalah insan yang sentiasa dipelihara akhlaknya,jika mereka memilih laluan hikmah berlandaskan syariah ISLAM...terbias diwajah wanita cahaya iman yang menerangi segenap payungan rahmatNya..wanita diciptakn dengan sebaik-baik perlindungan...jika mereka benar dekat kepada sinar hidayah Allah,mereka akan sentiasa menutup auratnya dengan sebaik-baiknya..setiap tutur kata dan akhlaknya mencerminkan peribadi muslimah acuan Al-Quran...wahai kaum lelaki didiklah kaum wanit dengan sebaik-baik tarbiah,hiasilah hati-hati mereka dengan pagar keimanan seindah mawar yang indah...namun pabila disentuh oleh lelaki bukan mahram,lalu wanita bertukar menjadi seindah mawar berduri yang menjaga peribadinya..wahai kaum wanita hiasilah iman dihatimu dengan halawatul iman disisi Yang Maha Pencipta...dekatkanlah kami kaum wanita dengan cahaya JANNAHMU,Amin YaRabbal Alamin....

Thursday, October 15, 2009

SEMANIS UKHUWAH

Persahabatan ibarat permata yg xkan gugur..t'kadang ia nya m'beri sejuta makna dalam k'hidupan..

Subhanallah...
betapa indahnya ukhuwah fillah yg t'catit atas ArasyNYA..
bila terleka ada yg mngingatkan,bila t'luka ada yg merawati,
bila berduka ada yg m'hiburkan....
indahnya hanya dirasai pabila ISLAM dan IMAN dinikmati..
ALLAH berfirman " INAMAL MUKMINU NA 'IKHWAH ",sesungguhnya orang mukmin itu b'saudara...
YA ALLLAH YA RABBI..
bimbinglah jambatan ukhuwah kami menuju nur iman MU..agar kekal perhubungan kami dari lembah persengketaan,agar kami tidak kekal dalam kegelapan jahiliah..

ASSALAMUALAIKUM

ismi Nurul Farhana binti Mohd Razali wa sodiqati Nabilah Binti Hadan wa Nur Hasanah binti Sazali.

nahnu Ansorullah min Al-Kulliyyati Jam'iyyati Islamiyyati bi Mulaqqo...

ahlan wasahlan wa marhaban bikum ila hazihi al-blughun....